SESEORANG BOLEH BANKRAP TANPA DIKETAHUI OLEHNYA

SESEORANG BOLEH BANKRAP TANPA DIKETAHUI OLEHNYA. WHAT??

Selepas gagal membayar pinjaman, tidak kira pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, anda akan menerima Notis Tuntutan daripada peguam bank.

Di dalam Notis Tuntutan tersebut, peguam bank akan memberikan tempoh (kebiasaannya 14 hari) untuk anda menjelaskan tunggakan jika tidak, tindakan mahkamah mungkin di ambil ke atas anda.

Pada peringkat ini, pihak bank masih boleh berunding dengan anda. Cara terbaik adalah pergi berjumpa dengan pihak bank sendiri (bukan peguam kepada bank itu) dan cuba berunding untuk suatu jadual pembayaran baru atau re-financing, bergantung kepada kemampuan anda.

Jika anda gagal lakukan ini, dalam tempoh 2-3 bulan satu Writ Saman & Pernyataan Tuntutan akan sampai kepada anda. Ini adalah penting, sila beri perhatian.

Anda baca semula perjanjian pinjaman anda dengan bank. Apakah mod serahan saman yang ternyata dalam kontrak anda? Adakah secara pos berdaftar? Jika ya, anda harus sentiasa berada dalam keadaan high-alert.

Ini kerana pos berdaftar adalah mod serahan paling mudah bagi pihak bank. Serahan dianggap sempurna apabila pos telah didaftarkan dan dimeterai oleh pejabat pos tidak kira anda terima atau tidak.

Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, anda seharusnya mengemaskini alamat terkini anda dengan pihak bank jika anda telah berpindah. Jika anda gagal mengemaskini alamat terkini, pihak bank akan menghantar saman ke alamat lama anda yang mereka ketahui dan anda jangan terkejut jika kami katakan bahawa serahan ke alamat terakhir anda adalah sempurna walaupun anda tidak ada lagi di situ!

Oleh sebab itu dalam kebanyakan kes, seseorang secara tiba-tiba mendapati dia telah bankrap walaupun tidak pernah terima sebarang surat saman daripada pihak bank.

Contohnya A tinggal di Kuala Selangor dan menggunakan alamat Kuala Selangor semasa membuat permohonan pinjaman dengan pihak bank. 3 tahun selepas itu A berpindah ke Kuala Lumpur dan tidak memaklumkan kepada bank atau Jabatan Pendafaran Negara berhubung penukaran alamat tersebut.

Masuk tahun ke-4 A gagal membayar loan dengan cantik dan bank pun mula mengambil tindakan mahkamah ke atas A. Bank merujuk kepada alamat terakhir iaitu di Kuala Selangor dan menyerahkan semua dokumen mahkamah ke sana. Walaupun tiada orang lagi di alamat Kuala Selangor, serahan pihak bank dianggap sempurna kerana undang-undang hanya memerlukan serahan dilakukan kepada alamat terakhir yang diketahui.

Anda tidak akan tahu bila tarikh sebutan di mahkamah dan apakah keputusan mahkamah. Tahu tahu saja anda dah bankrap selepas penghakiman ingkar diperolehi dan perintah penerimaan dan penghukuman telah sempurna.

Bagi prosiding bankrapsi, pihak bank akan membuat penyampaian ganti dengan hanya menampal notis di Mahkamah Tinggi & iklankan di surat khabar. Dengan itu serahan telah sempurna walaupun anda masih tidak menerima sebarang dokumentasi mahkamah dari pihak bank! Tahu tahu je anda dah bankrap.

#JumpaKatMahkamah #SeeYouinCourtSayang

***

Join group ‘PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA 🇲🇾’ jika anda mempunyai persoalan berkaitan hak dan undang-undang atau mencari penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi. This is No.1 legal support group in Malaysia 🇲🇾! Click to join now!👇🏻👇🏻👇🏻
https://web.facebook.com/groups/332053270624408/

Subscribe to our Youtube channel 📺
https://www.youtube.com/channel/UCcaRJOZOn47_JQDsfE8pE7A

Follow us on Instagram 📷
instagram.com/jumpakatmahkamah

Follow us on Twitter 🐦
twitter.com/JumpaKatCourt

Visit our website 🌐
jumpakatmahkamah.blogspot.com

SESEORANG BOLEH BANKRAP TANPA DIKETAHUI OLEHNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top